Sukarnya untuk memilih cinta

Lama sudah kau bersamaku. Setiamu tak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun. Walaupun pelbagai rintangan kita hadapi, kau tak pernah lupa untuk sentiasa bersamaku. Masih lagi aku ingat pertemuan pertama kita dahulu, yang menentukan jodoh kita bersama. Kisah lima tahun lalu masih segar dalam ingatanku. Bagiku, kaulah cinta pertamaku.

Mungkin sudah berkali-kali aku menceritakan kisah kita kepada orang lain. Ah, apa aku peduli?! Biarkan mereka mencemburui cinta kita bersama! Dirimu itu, bagiku amat bermakna kepadaku! Aku tidak akan sangsi lagi akan kepercayaanmu kepadaku.

Sungguhpun begitu, usia menjangkau pertemuan kita bersama. Lima tahun kita hidup bersama-sama. Jauh dekat aku membawamu. Walaupun ke dalam hutan belantara sama-sama kita jajahi. Begitupun, kau semakin uzur. Semakin lama, semakin sedikit masa yang boleh dikira, apakah kau akan terus bersamaku lagi? Apabila difikirkan semula, hatiku bergetar kencang memikirkan masa depan kita bersama.

Semakin lanjut usia ini, semakin rapi aku menjagamu. Segala makanmu aku jaga dengan rapi. Segala perhiasanmu aku susun dengan teliti. Namun, dirimu semakin lemah dan tidak mampu mengejar lagi. Dunia ini semakin pantas dan dirimu sudah tidak berdaya lagi. Walaupun begitu, aku sentiasa setia bersamamu.

Ingatkah suatu hari itu, kau memberi tanda bahawa kau tidak akan lama bersamaku lagi? Ya... kau sengaja menjauhi aku dan sengaja untuk melayan aku. Sengaja kau rajukkan dirimu agar aku membencimu. Sengaja juga kau tinggalkan aku agar hatiku terdidih akibat perbuatanmu? Sungguhpun begitu, aku tidak pernah putus harapan terhadapmu.

Sehinggalah....


Kau benar-benar maksudkannya. Kau membenarkan aku mencari cinta baharu. Apa kau gila? Masakan aku akan meninggalkanmu? Tidak sama sekali! Aku berdegil. Jiwa aku hancur apabila kau melafazkannya. Diriku bagaikan hilang separuh nyawa. Melayang akibat dari kata-katamu itu.

Kau dengan lemah, dalam keadaan uzur... meyakinkan aku... aku mesti mencari cinta baharu... kerana kau tidak mampu lagi berkhidmat untukku.

Dengan hati yang berat, aku dilema dan berasa tidak sanggup untuk bersetuju denganmu. Walaupun begitu, dengan dirimu yang uzur dan lemah ini, dengan bersungguh tetap kau menyuruh aku mencari cinta baharu untuk menggantikanmu. Oleh sebab tidak sanggup lagi melihat kau menderita untuk meyakinkan aku, aku dengan hati yang tidak rela... hanya angguk kecil untuk menyetujui dirimu.

Setelah kau memaksa aku untuk mencari cinta baharu, aku pun mencarilah dengan hati yang berat dan penuh syak wasangka kepada bakal penggantimu itu. Sungguhpun potongan badannya cantik, rupanya menawan, tenaganya hebat dan segala pujian boleh dihemburkan kepada mereka namun aku tetap syak terhadap mereka. Bolehkah mereka menjadi seperti kau... seperti selama ini kau bersama aku.

Sudah aku lihat waris keturunan mereka, kemewahan mereka, kepercayaan mereka dan sebagainya namun aku rasakan tiada siapapun mampu menggantikan cintamu.

Tinggal dua hari lagi untuk aku membuat keputusan untuk memilih cinta baharu aku. Siapakah yang layak untuk menggantikanmu? Mengapakah sukar aku rasakan... untuk memilih cinta? Aku tidak memaksa cinta itu, tetapi inilah kesukarannya untuk memilih cinta. Sukarnya aku rasakan apabila cinta aku kepadamu tidak pernah terpadam.

Sukarnya aku untuk memilih cinta... cinta baharu untuk aku gantikan dirimu oh... BenQ Joybook T31.

*****
Nota Kaki:
1. Orang selalu tanya aku laptop apa bagus kalau nak beli. Kononnya aku paling handal memilih laptop. Kali ini, aku pula yang bertanya kepada Azri Hafiz untuk memilih laptop terbaik untuk aku.
2. Aku sayang BenQ Joybook T31 aku. Laptop lain masih aku tak percaya mampu menggantikan kehebatan laptop aku sekarang.

Post a Comment

3 Comments

  1. tolong la tuka laptop ko y mampu wat besi buruk da tu... hehehehe... :P

    ReplyDelete
  2. Aiseymen...ape da ko. Dah out dated dah ko ni...aku dah ade cinta baru der...

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)