Tahniah kepada SeMAMPAN UMP

Pada 31 Mac 2011, Sekretariat Majlis Mahasiswa Anak-Anak Pahang telah menjalankan pogram Malam Santai Kome' Anak Pahang 2011. Program ini yang merupakan sebuah program untuk merapatkan perhubungan dan jurang antara pemimpin mahasiswa anak Pahang, anak-anak Pahang di UMP dan juga Yayasan Pahang bersama-sama di dalam satu majlis untuk berkenal rapat sesama sendiri.

Walaupun baru berumur tiga tahun, SeMAMPAN UMP yang kini dipimpin oleh Presiden ketiga sejak penubuhan SeMAMPAN UMP, Nor Adila binti Said semakin mendapat sokongan padu oleh mahasiswa anak Pahang sendiri. Malah, ucapan yang telah disampaikan oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang (MPPUMP), Muhamad Fazli bin Abd Halim pada malam itu juga secara tidak langsung menunjukkan pengiktirafan MPPUMP kepada SeMAMPAN UMP sendiri.

Memetik kepada ucapan beliau yang merujuk kepada ucapan Presiden Majlis Mahasiswa Anak-Anak Pahang (MAMPAN), Mohd Norfarhan bin Mohd Mustafa berkenaan dengan persepsi orang terhadap SeMAMPAN UMP yang mungkin menimbulkan semangat asabiyah, beliau menyifatkan bahawa 'asabiyah' SeMAMPAN UMP bukanlah bersifat perpecahan, tetapi bersifatkan menjaga kebajikan anak-anak Pahang di UMP. Menurut beliau lagi, asabiyah ni bukan semuanya tak baik. Asabiyah ada juga kebaikannya dan asabiyah SeMAMPAN UMP ini adalah asabiyah yang membawa kebaikan.

Program ini juga menunjukkan sambutan yang hangat telah diberikan oleh anak Pahang di UMP sendiri. Kehadiran seramai lebih 150 (mungkin lebih memandangkan ruangan di dewan hampir dipenuhi oleh anak Pahang) orang pada malam itu adalah satu kejayaan yang besar memandangkan jumlah sebesar ini juga sukar untuk dicapai oleh persatuan-persatuan berteraskan fakulti dalam satu-satu majlis. Berbeza dengan pendekatan pada tahun-tahun lepas yang lebih kepada membuat 'eksperimen' terhadap kehadiran mahasiswa anak-anak Pahang dalam satu-satu majlis, promosi besar-besaran yang dibuat oleh jawatankuasa SeMAMPAN UMP amat dipuji dan membuahkan hasilnya pada malam itu.

Majlis pada malam itu juga telah dihadiri oleh Pengurus Bantuan Pendidikan Yayasan Pahang, Tuan Hj. Mohamad Bin Ismail; Penolong Pengurus Bantuan Pendidikan Yayasan Pahang, En. Khairul Anuwar bin Abu Bakar; Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang memerangkap mantan Presiden MAMPAN, Wan Emril Nizam Wan Embong; dan Ketua Penerangan GPMS Pahang selaku wakil kepada penasihat SeMAMPAN UMP, En. Shahrol Hisyam bin Sabri.

Diharapkan SeMAMPAN UMP akan terus gemilang bukan sahaja di dalam kampus untuk mahasiswa tetapi juga untuk sekalian masyarakat di seluruh negeri Pahang Darul Makmur.

Warga anak-anak Pahang di UMP bersama-sama Yayasan Pahang.
*****
Nota kaki:
1. Tengok nombor kehadiran, rasanya dah boleh berasa lega, tetapi masih ada lagi 600 orang lagi yang belum hadir. Jom kita kejar yang 600 orang itu lagi!
2. Lepas dah halangan pertama. Mungkin selepas ini boleh ajak Pak Long (Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob) untuk berhimpun bersama-sama anak Pahang di UMP.

Post a Comment

0 Comments