Begitupun, aku perasan sesuatu masih lagi bertambah, iaitu Buffered Earning (BE) aku. Sebelum ini aku pernah memberi tahu yang aku memperoleh BE ketiga aku, kali ini aku telah mendapat BE kelima aku. Tak disangka-sangka pula semakin bertambah BE aku.
Sehingga 24 Mei 2011. |
Apakah dengan semakin bertambahnya BE ini, menjadi tanda untuk aku kembali ke dunia blog? Nampaknya, begitulah. Takkanlah nak dapat 'gaji buta' sebegitu sahaja, bukan? Aku bukan sahaja kurang kesempatan untuk mengemas kini blog, malah aku juga kekurangan idea untuk dijadikan topik. Kalau ada pun, aku perlu masa untuk mengolah isi kandungan topik yang ingin aku bincangkan.
Mungkin akan ada yang memberikan pendapat, 'apa kata aku menceritakan tentang kisah latihan industri aku.' Aku bukannya tak mahu berkongsi cerita, cuma aku menjalani latihan industri di syarikat yang mengendalikan aset ketenteraan negara. Maka dengan itu, aku masih teragak-agak untuk menceritakan kisah aku kerana ini secara tidak langsung melibatkan Akta Kerahsiaan Kerajaan. Walau bagaimanapun, aku akan cerita juga serba sedikit tentang pengalaman aku nanti.
Kepada rakan-rakan, rajin-rajinlah klik, ya! Sesiapa yang dah klik atau terklik Nuffnang aku, terima kasih banyak-banyak. Panjang umur klik lagi!
*****
Nota kaki:
1. Akhirnya, hujan juga selepas berminggu-minggu tunggu hujan. Aku nak pergi minum susu pula.
1 Comments
psl li tuh...cer cite,cer cite...hihi=)
ReplyDeleteP/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.
Emoji