Ramai yang teruja untuk menceritakan pengalaman mereka menjalani latihan industri sejak hari pertama mereka memulakan latihan industri, tetapi aku tidak begitu. Walaupun aku teruja untuk menjalani latihan industri, tetapi aku tidak menceritakan pengalaman aku seawal hari pertama kerana ada beberapa bahagian dalam syarikat yang aku jalani latihan industri ini terikat dengan Akta Rahsia Rasmi 1972.
Ini mungkin akan menyebabkan aku tak banyak aku menulis di sini, dan gambar-gambar yang aku ada pun mungkin sedikit sahaja boleh aku tunjuk dan sedikit sahaja maklumat yang boleh aku kongsikan memandangkan ada beberapa perkara yang aku pelajari terikat dengan Akta Rahsia Rasmi 1972.
Secara ringkasnya, aku menjalani latihan industri di Aerospace Technology System Corporation Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat swasta yang menjalankan operasi baik pulih dan penyelenggaraan pesawat MiG-29N/UB milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM). Tempat aku menjalani latihan industri ini adalah di Pusat Selenggara Pesawat ATSC (
Aircraft Maintenance Centre) di kem TUDM Kuantan. Aku menjalani latihan industri bersama-sama dengan enam lagi pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Sepanjang tempoh dua minggu ini, aku lebih banyak diperkenalkan dengan setiap jabatan dalam syarikat ini. Walaupun begitu, kami juga mencuri masa-masa terluang untuk bersama-sama dengan juruteknik pesawat untuk belajar sesuatu tentang pesawat dan membantu serba sedikit menurunkan enjin pesawat. Selain itu juga, aku mendapat pengalaman istimewa untuk mengikut ke ujian penerbangan pesawat yang baru habis diselenggara sebelum pesawat diserahkan semula ke TUDM.
|
Memasang alat untuk menurunkan enjin. |
|
Tunggu nak turunkan sahaja. |
|
Memeriksa bilah enjin. |
|
Bersama-sama rakan selatihan. Seorang lagi yang mengambil gambar. |
Untuk keselamatan negara, tidak banyak gambar yang aku tunjukkan melainkan untuk tujuan menyiapkan laporan sahaja. Apa pun, aku masih ada banyak lagi masa untuk menimba lebih banyak ilmu di sini. Dunia pesawat adalah kegemaran aku.
0 Comments
P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.
Emoji