Ombak Rindu (Melayu) lawan Twilight (Mat Salleh)

Perang panggung berterusan lagi. Kali ini kedua filem yang aku sebutkan pada tajuk entri ini, kedua-duanya adalah genre romantik dan drama. Cuma Twilight sahaja lebih berkonsepkan fiksyen berbanding Ombak Rindu yang dihasilkan dari novel Ombak Rindu.

Aku dah tonton kedua-dua filem ini, memandangkan tiada filem seram yang betul-betul seram untuk aku tonton. Apa pun, aku cuma mahu memberikan komen secara permukaan sahaja, kerana aku tak beberapa faham dunia fantasi novel dan fiksyen romantis.

Ombak Rindu


Bagi sebuah filem garapan novel bertajuk Ombak Rindu, yang aku tak pernah tahu akan kewujudan novel tersebut, aku memuji jalan cerita bagi filem ini. Penceritaannya menaik dan menurun dengan kemas dan tidak mengelirukan penonton yang pertama kali aku mengenali perkataan Ombak Rindu.

Walaupun begitu, bagi aku anti-klimaks dalam cerita ini agak mudah jika dibandingkan dengan jalan cerita yang berjaya membawa aku mendaki puncak cerita ini. Anti-klimaks yang aku rasakan agak lemah menyebabkan cerita ini terlalu cepat 'mahu menyelesaikan segala masalah' yang telah timbul.

Bagi tempo cerita, walaupun perlahan, aku tetap memuji hasil cerita ini yang tetap mendatangkan perasaan suspen dan persoalan-persoalan di dalam minda dan ini tidak membosankan aku menonton. Kejayaan ini adalah baik memandangkan ada kebanyakan cerita yang bertempo perlahan gagal membawa penonton bersama-sama ke dalam cerita lalu menyebabkan penonton kebosanan. Permainan perasaan di dalam cerita juga agak baik dan kemas mengikut situasi dalam babak.

Kecacatan yang agak ketara di dalam filem ini adalah dari segi kostum. Bagi aku, pakaian dan make up watak yang dipegang oleh Lisa Surihani dan ibu kepada watak yang dibawa oleh Aaron Aziz agak melampau-lampau dan ini mendatangkan sedikit perasaan kejelikan terhadap hasil kostum dan make up. Ada jug beberapa babak lain yang jelas kecacatan kostum berlaku dalam cerita ini yang juga boleh memalukan pelakon itu sendiri.

Begitupun, secara hakikatnya cerita ini mungkin juga berjaya menarik banyak penonton kerana daya penariknya, iaitu pelakon-pelakon yang sememangnya diminati ramai seperti Maya Karin, Aaron Aziz dan Lisa Surihani. Sekiranya mereka tidak berlakon dalam filem ini, aku dapat rasakan filem ini mungkin akan sepi memandangkan semsetinya tidak banyak orang yang tahu akan kewujudan novel Ombak Rindu, dan publisitinya juga agak kurang. Kuasa tiga pelakon popular tanah air inilah yang berjaya menarik banyak penonton untuk menonton cerita ini.

Secara keseluruhan, aku memberikan 6/10 markah untuk cerita ini.

The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1



Untuk filem ini pula, secara jujurnya aku tak menonton secara keseluruhan sekuel filem The Twilight Saga: Eclipse pada tahun 2010. Jadi, apa kejadian dan kelakuan yang terhasil dalam cerita ini, ada bahagiannya tidak dapat aku fahami. Dengan mudah aku merumuskan seawalnya filem ini tidak dapat berdiri dengan sendiri secara total. Walaupun begitu, jika aku buat-buat tahu dan faham akan bahagian yang berkaitan dengan sekuel sebelum ini, aku masih boleh mengikuti filem ini.


Bagi aku, sebagai penonton biasa merasakan babak perkahwinan dalam cerita ini terlalu meleret dan panjang. Bagi gadis-gadis yang mempunyai imaginasi perkahwinan yang melampau, pasti mereka tidak berasa bosan.


Plot cerita juga berjalan dengan baik dan seperti biasa, filem Twilight menghidangkan tempo cerita yang perlahan. Ada beberapa bahagian mendatangkan kebosanan kepada aku dan ini telah menyebabkan aku tidak lagi fokus kepada cerita.


Dari sudut penataan bunyi dan teknikal, aku boleh memuji memandangkan cerita ini sememangnya menggunakan teknologi CGI dengan baik. Sukar untuk aku mencari kecacatan grafik dalam cerita ini.


Markah yang boleh aku berikan kepada filem ini adalah sebanyak 6.5/10.


Kedua-dua cerita ini menunjukkan kekuatan cerita masing-masing, tetapi tempoh durasi selama 2 jam 15 minit adalah terlalu panjang bagi filem bertempo perlahan seperti Ombak Rindu manakala sekuel Twilight kali ini adalah lebih baik daripada yang lepas kerana aku pernah tertidur menonton sekuel yang lepas.

Kepada yang masih belum menonton, silalah menonton. Bagi aku, kedua-dua filem ini bukanlah resipi kegemaran aku. Apa-apa pun, aku berharap dapat menonton filem yang berkualiti dan berjaya.

Post a Comment

5 Comments

  1. xyh ckp ko tdo dlm wyg.. lps ko wat entry ni pun ko tdo..
    *smbil memandang ko yg sdg tidur di kejauhan hahaha XD

    ReplyDelete
  2. Haha...xde la tido. Melayan aje la ape terpampang kat skrin tuh... kire ok la aku xtido dlm cite2 ni...haha

    ReplyDelete
  3. still blom tgok ong-bak rindu lgy.. :P

    ReplyDelete
  4. @Syuk Ry

    Pergilah tgk kalu ada masa. Cerita yg bagus, cuma kalu xthn cerita tempo perlahan n sedih, payah sikitlah nak survive.

    ReplyDelete
  5. saya rasa kalau awak baca novel ombak rindu, mesti label 4/5 je..honestly.

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)