23 Tahun dan Meningkat

Hari ini, genap 23 tahun aku hidup di dunia ini. Dunia yang banyak cerita gembira dan sedih. Apa pun, kurnia kehidupan ini merupakan satu yang tidak dapat diganti kepada Allah, Tuhan yang Maha Mencipta.

Sepanjang 23 tahun ini, banyak kejadian yang telah berlaku. Banyak juga ceritanya. Banyak juga emosinya. Namun, ini adalah anugerah yang telah aku terima untuk menjadikan aku lebih matang untuk masa depan.

23 tahun bukanlah satu tempoh yang pendek. Aku masih teringat lagi semasa aku tadika dan sekolah di Darjah 1 di Kuala Lumpur. Aku masih ingat lagi ketika hari pertama mama pulang selepas melahirkan adik aku yang paling bongsu, Ira. Kini, aku sudah tinggal sebulan lagi untuk menamatkan pengajian aku di universiti. Cepat sungguh masa berlalu.

23 tahun ini, kawan datang dan pergi. Ada yang masih berhubung, ada yang sudah terputus hubungan. Ada juga yang secara tak sengaja menjadi musuh... musuhkah? Entahlah... biarlah mereka yang mengganggap aku ini musuh mereka. Aku tidak bermusuh dengan sesiapa.

Kepada mereka yang mengucapkan hari jadi aku, aku ucapan ribuan terima kasih... terutama yang memberi ucapan secara peribadi. Terima kasih atas doa dan sokongan korang semua. Semoga kita sama-sama diberkati Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Kalian semua adalah anugerah besar yang aku terima.

Apa pun, anugerah yang besar aku terima adalah mama dan papa. Terima kasih kerana menjaga sepanjang 23 tahun ini. Abang tak pandai nak ucap guna perkataan, tapi harap tulisan ni pun bolehlah.... Banyak perangai abang yang mungkin membebankan mama dan papa, abang minta maaf... dan terima kasih kerana masih bersabar menjaga abang.

Terima kasih semua.

Ikhlas.

23 Tahun dan Meningkat.




Post a Comment

5 Comments

  1. Kenapa tak bahasa kan hyung ke. oppa ke? Hehe. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erk?! Itu nak dibahasakan kpd org yg lbh muda dari aku. Aisey...

      Delete
  2. dah 23 tahun dah... :D wishing you many more blissful years to come.

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)