Jika sekarang, kita bergantung banyak kepada alat teknologi untuk hal-hal formal mahupun kasual; dahulu sungguh berbeza. Aku masih tak kenal apa itu komputer. Belum mengenali apa itu internet. Tak mengenali apa itu Counter Strike, Facebook, YouTube dan sebagainya. Namun, kehidupan kanak-kanak aku dahululah yang paling gembira.
Aku tak nak menulis panjang di sini, aku nak berkongsi satu video yang sangat menarik untuk kita sama-sama mengimbau kembali kenangan kita sebagai generasi pra-Facebook.
Ringkas kata, aku amat merindui zaman kanak-kanak aku yang penuh keriangan bersama rakan-rakan. Setiap parut di kaki memberi seribu kenangan kanak-kanak yang pastinya tidak sama dengan pengalaman kanak-kanak generasi sekarang.
0 Comments
P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.
Emoji