Senarai Tempat Pengajian dan Moto

Dari Sekolah Rendah hingga ke Universiti, sepuluh institut pendidikan dan pengajian yang pernah aku hadiri. Ada yang aku hadir ke tempat pengajian itu dari sekejap dua minggu hinggalah yang paling lama iaitu selama empat tahun.

Berikut adalah senarai institut pengajian yang pernah aku hadiri sejak Darjah Satu hingga menamatkan kursus Ijazah Sarjana Muda beserta dengan moto institut masing-masing:

  1. SRK Jalan Bellamy (1996): Usaha Tangga Kejayaan
  2. SK Wira (1997): Ilmu Teras Kecemerlangan
  3. SK Sungai Isap (1998-2001): Iltizam Menuju Kegemilangan
  4. SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad (2002):  Berilmu, Beriman, Berbakti
  5. Maktab Tentera Diraja (2003): Berkhidmat Memimpin
  6. SMK Sungai Isap (2003-2004): Berilmu, Beramal, Berketerampilan
  7. SMK Bukit Rangin (2005): Cendikia, Etika, Terampil
  8. SBP Integrasi Pekan (2005-2006): Beyond Success
  9. Kolej MARA Kuala Nerang (2007-2008): Keunggulan Budaya Kita
  10. Universiti Malaysia Pahang (2008-2012): Engineering, Technology, Creativity
Walaupun setiap institut ada moto yang berbeza tetapi aku yakin setiap institut menanamkan prinsip Pendidikan Sepanjang Hayat (Lifelong Education).

Setiap pendidik di setiap institut ini telah menabur banyak bakti kepada anak bangsa seperti aku. Kini, aku hampir masuk ke alam pekerjaan dan tibalah masa untuk aku kembali berbakti kepada agama, bangsa, dan negara.

Terima kasih cikgu; terima kasih pensyarah sekalian, terima kasih semua pendidik.

Post a Comment

0 Comments