Banjir besar selepas 12 tahun!

"Banjir lagi?"

Inilah kata-kata yang biasa diucapkan oleh sebahagian daripada penduduk Kuantan apabila tiba musim tengkujuh pada hujung tahun. Malah, kebanyakan daripada mereka sudah lali dan sentiasa bersedia setiap tahun untuk menghadapi banjir apabila tiba masanya.

Kali ini, situasi penuh berbeza. Banjir besar melanda bandar Kuantan selepas 12 tahun! Kali terakhir banjir besar berlaku di Kuantan adalah pada tahun 2001, yang diistilahkan oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj. Adnan Yaakob sebagai paling teruk. Namun, bencana banjir kali ini lebih teruk daripada kejadian tahun 2001.

Sebagai perbandingan, pada tahun 2001, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Isap yang telah ditambak 7 kaki lebih tinggi dari kawasan sekitarnya, boleh dijadikan sebagai pusat pemindahan banjir untuk kawasan Permatang Badak dan Sungai Isap.

Namun kali ini, sekolah ini juga ditenggelami air!

Kesan
Banjir kali ini memberi kesan besar kepada keluarga aku. Trauma banjir pada tahun 2001 masih lagi terpadam, kini kejadian yang lebih buruk telah terjadi pada hujung tahun 2013.

Lebih menyedihkan lagi, aku dan semua adik beradik berada di serata Lembah Klang, hanya tinggal mama dan papa sahaja di Kuantan. Mujur mereka sempat meninggalkan rumah sebelum keadaan menjadi lebih teruk.

Banjir mula naik paras buku lali di rumah aku.

Banjir paras dada-leher-kepala; diambil dari tingkat dua rumah kawan lama yang juga jiran selorong.

Gambar diambil oleh kawan lama, yang juga jiran terdekat.

Paras air ketika banjir di kawasan perumahan aku, berdekatan dengan rumah aku.

Pandangan dari udara Perkampungan Sungai Isap Perdana dan Sungai Isap Damai.

Pandangan dari udara Perkampungan Sungai Isap Damai. Rumah aku berada berdekatan bucu atas kanan.
Benteng tambatan banjir pecah, dan membenarkan air melimpah masuk ke kawasan perumahan.

Limpahan Sungai Kuantan.

Keadaan Terminal Kuantan Sentral yang tenggelam akibat banjir.
Esok, aku akan bertolak ke Kuantan untuk cuba kembali ke rumah yang sudah ditenggelami air. Harap-haraplah air surut, supaya dapat menilai jumlah kerosakan dan kerugian.

Trauma 2001 kembali.

Post a Comment

0 Comments