Hilangnya seorang lagenda perpaduan.

Nelson Rolihlahla Mandela, 18 July 1918-5 Disember 2013
Gambar: CNN
Pagi ini (waktu Malaysia) telah digemparkan dengan pemergian seorang pemimpin lagenda dunia yang suatu ketika dahulu merupakan pejuang anti-Apartheid di Afrika Selatan iaitu Nelson Mandela pada umur 95 tahun. Mendiang juga merupakan seorang pemimpin yang berwawasan dan cekal dalam menyatukan rakyat Afrika Selatan walaupun dengan perbezaan warna kulit.

Dengan menggunakan strategi yang bijak: sukan ragbi, mendiang telah menyatu padukan rakyatnya. Akhirnya pada tahun 1995, Afrika Selatan telah menjadi hos untuk kejohanan Piala Dunia Ragbi 1995, dan apa yang lebih hebatnya ialah pasukan ragbi Afrika Selatan telah menjuarai acara tersebut buat pertama kalinya. Di sebailk kejayaan itu, rakyat Afrika Selatan semakin bersatu atas satu bendera dan negara, tidak mengira warna kulit mahupun berketurunan bekas kolonial.

Selamat jalan, Encik Mandela. Legasi tuan begitu besar untuk ditanggung oleh seluruh warga dunia. Semoga legasi tuan terus berkekalan, menjadi simbol perpaduan sejati bukan sahaja menjadi contoh untuk negara-negara Dunia Ketiga, tetapi juga kepada negara Dunia Pertama dan Dunia Kedua.

-----
Nota kaki:
1. Dr. Mahathir (88 tahun) dan Nik Aziz (82 tahun) pun sudah kerap tak sihat. Apakah kita bersedia untuk melepaskan mereka apabila tiba masanya nanti? Sama-samalah mendoakan kesihatan kedua-dua pemimpin Islam ini.

Post a Comment

0 Comments