Kalau ditanya, macam mana nak dapatkan side income dengan tak perlu berkerja keras... jawapan aku, buat side income dengan berblogging. Kenapa blogging? Sebab itu sahaja yang aku tahu buat dalam dunia ni. Haha! Gurau saja.
Kenapa blogging? Jawapan aku mudah. Banyak orang lawat blog kita, banyaklah pendapatan yang kita peroleh. Lagi satu kaedah, lagi banyak klik yang kita terima, banyaklah pendapan yang kita terima.
Bagaimana caranya? Paling mudah adalah dengan cara meletakkan iklan pada blog. Kalau korang perasan blog aku ni, ada 2-3 kelut petak segi empat dengan imej bergerak-gerak. Itu adalah petak iklan yang aku letakkan dalam blog ini.
Dari mana datangnya iklan ni? Iklan ni datang dari agen iklan digital yang bernama Nuffnang. Syarikat ni dah lama dah. Aku pun tak ingat sejak bila tertubuh. Mungkin hampir sebaya dengan blog aku.
Betul ke syarikat ni? Betul... ini bukan cobaan. Ini betul-betul! Ya. Syarikat ini ada reputasinya sendiri. Sekarang, pendapatan pasif aku pun dah dekat RM250, sedangkan dah lama juga aku tak berblogging kerana kesibukan hidup.
Mana nak daftar? Kalau korang rajin, boleh Google "Nuffnang" dan klik pautan yang terpampang pada hasil carian. Kalau nak mudah, boleh klik pada pautan di sini.
Bila dah daftar, bolehlah tetapkan blog korang dalam tetapan blog dalam akaun korang. Kemudian dengan sedikit kemahiran teknikal (tak perlu pun tak apa, asalkan ikut panduan dan arahan yang disediakan), korang dah boleh letak iklan dalam blog korang.
Macam mana nak tukar iklan yang dipapar? Tak payah risau. Dia tukar ikut kempen pengiklan secara automatik. Kerja korang semata-mata post entri terbaik dari ladang, kemudian pastikan blog korang terkenal. Tak terkenal pun tak apa, selagi ada pelawat, masih boleh dapat pendapatan... macam blog aku ni. Tak adalah terkenal mana sangat pun.
Bila boleh cash out pendapatan? Kalau korang berjaya kumpul tabung korang minima RM50, korang dah boleh cash out pendapatan korang... dengan ketetapan terma yang ditetapkanlah. Mungkin ambil masa sedikit sebab dia orang akan sediakan cek.
Kenapa aku promote Nuffnang ni? Dapat duit ke? Aku tak dapat apa-apa pun dari Nuffnang. Aku cuma berkongsi. Kalau dia orang suka post aku ni, dia orang nak bayar, aku terima aje. Rezeki, jangan ditolak kan? Kurang-kurangnya, dengan post ni, aku boleh tolong orang lain yang gila blogging ni peroleh pendapatan pasif dengan mudah. Moga-moga boleh dapat pahala dengan kongsi benda baik ni. Ye dak?
Apa pun, bolehlah ke laman web Nuffnang di http://www.nuffnang.com.my untuk mendaftar. Selamat berblogging dan jadi lebih kaya dari aku!
1 Comments
good sharing :)
ReplyDeleteP/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.
Emoji