Barang baik: Tips untuk mendapatkan pekerjaan idaman dengan persediaan yang betul.


Apabila sudah tamat pengajian, graduan-graduan biasanya akan mengimpikan pekerjaan-pekerjaan yang diimpikan sejak sekian lama, atau dalam bahasa Orang Putih, the dream job. Termasuk juga aku ketika itu. Punyalah berangan dapat bekerja di sektor Oil and Gas, bekerja di sektor automotif dengan Proton... nak gempak sikit dengan Mercedes-Benz.

Walaupun begitu, banyak graduan yang tak membuat persediaan sewajarnya untuk menerkam peluang pekerjaan yang sedia ada untuk mereka. Tak perlu aku masuk bab temuduga. Banyak kes yang berlaku menunjukkan banyak graduan-graduan muda gagal dalam menyediakan resume yang berkesan untuk menarik minat bakal majikan.

Kalau ada yang resume paling gempak pun, ada kes yang apabila masuk ke peringkat temuduga... indah resume dari realiti. Mereka tidak membuat persediaan untuk peringkat temuduga!

Biasanya, banyak graduan merungut sukarnya nak dapatkan pekerjaan. Ironinya, majikan juga merungut sukarnya nak dapat pekerja yang berketerampilan dan menepati tahap keperluan mereka.

Jadi, isunya apakah persediaan yang patut dibuat untuk menerkam peluang pekerjaan yang ada di depan mata?

Ready4Work.my ada jawapannya. Ready4Work.my adalah portal yang membantu bakal-bakal pekerja untuk membuat persediaan yang terbaik bagi mendapatkan pekerjaan impian mereka. Di dalam portal ini jugalah, mereka akan memberi panduan yang berkesan dalam merangka resume dan mempersiapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang sewajarnya untuk menghadapi sesi temuduga.

Mungkin anda pernah menonton video dari Ready4Work.my yang dibintangi oleh seorang vlogger terkenal tanah air ini, Mat Luthfi.



Mahukan tips-tips mereka? Jom ke Ready4Work.my sekarang!

-----

Promo:

Post a Comment

0 Comments