Pernahkah di antara kita terfikir, bagaimanakah caranya untuk berdakwah? Banyak caranya untuk berdakwah. Bagaimana pula dengan cara perkahwinan? Perkahwinan adalah salah satu cara dakwah yang berkesan kerana secara langsung pasangan yang asalnya dari agama lain, pasti akan memeluk Islam untuk berkahwin.
Jika dirujuk kembali sejarah pengislaman kerajaan negeri Melayu, pedagang Islam dari tanah Arab, India dan sebahagian dari China berkahwin dengan penduduk tempatan untuk menyebarkan dakwah Islam.
Untuk itu, aku berminat untuk memberikan cadangan dan pendapat berkenaan dengan dakwah melalui perkahwinan untuk pasangan yang sudah berkahwin.
Salah satu cara berdakwah adalah dengan perkahwinan. Lelaki mengajak wanita bukan Islam memeluk Islam dengan cara mengahwini mereka.
— Fadzrul Hisyam (@fadzrulhisyam) August 9, 2014
Suami kemudiannya mendidik sedikit demi sedikit isteri mualafnya dengan nilai-nilai Islam.
Satu saham besar di akhirat dapat dijamin.
— Fadzrul Hisyam (@fadzrulhisyam) August 9, 2014
Kepada lelaki, bolehlah mencari gadis-gadis yang boleh diajak untuk memeluk Islam dan mengahwini mereka, kemudian bimbing mereka.
— Fadzrul Hisyam (@fadzrulhisyam) August 9, 2014
Kepada yang dah berkahwin, ada lagi tiga ruang kosong untuk diisi. Apa salahnya kan?
— Fadzrul Hisyam (@fadzrulhisyam) August 9, 2014
Kepada isteri-isteri, izinkanlah suami untuk berdakwah dan berbakti untuk 'simpanan saham akhiratnya.'
Anda pun akan peroleh share juga.
— Fadzrul Hisyam (@fadzrulhisyam) August 9, 2014
Isteri pertama mengajar dan mendidik isteri kedua yang mualaf. Ajar solat, baca al-Quran. Solat berjemaah sama-sama.
Tak ke sweet macam tu?
— Fadzrul Hisyam (@fadzrulhisyam) August 9, 2014
Suami dapat saham akhirat, isteri pertama pun dapat share saham bersama. Isteri kedua mualaf pula dapat dijanjikan syurga.
Kan sweet tu?
— Fadzrul Hisyam (@fadzrulhisyam) August 9, 2014
Apa pun, suami jangan lupa akan prinsip keadilan dalam berpoligami. Tanggungjawab yang ditanggung. Jangan berkahwin hanya kerana seks.
— Fadzrul Hisyam (@fadzrulhisyam) August 9, 2014
Suami tetap wajib menjaga kebajikan dan bertanggungjawab kepada kesemua isterinya.
— Fadzrul Hisyam (@fadzrulhisyam) August 9, 2014
Aku juga pernah rasa berminat dan berkeinginan untuk menarik gadis bukan Islam untuk memeluk Islam dengan cara perkahwinan kerana aku bukanlah seorang yang pandai berbahas dan berdakwah dengan menggunakan kaedah social approach. Walaupun begitu, aku kini akan berkahwin dengan seorang gadis Melayu Islam. Tambahan pula, isu poligami ini adalah satu isu yang sangat ultra-sensitif mengalahkan perang Israel-Palestin bagi wanita-wanita Melayu kita.
Walaupun begitu, jika ditanya dan dengan mejawab dengan jujur; aku tetap menyimpan lagi azam aku untuk mengislamkan gadis yang bukan Islam dengan cara perkahwinan. Ibu aku memeluk Islam dengan cara perkahwinan. Mungkin itu jugalah aku nampak kelebihan kaedah ini di samping dapat membuat satu bentuk save deposit saham untuk akhirat kerana setiap amal mereka; insya-Allah kita juga akan dapat manfaatnya.
Pasti banyak oran akan membangkitkan isu tanggungjawab... aku sudah mengerti akan hal itu. Apa pun, jika tidak mampu menjadikan seorang suami yang sempurna, sekurang-kurangnya bolehlah menjadi suami yang dapat memberikan manfaat kepada keluarga dan orang lain; yang pada masa yang sama, ahli keluarganya juga dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Aku? Tengok keadaan, mungkin mustahil untuk aku.
Apa pun, kun fa ya kun. Kalau itu ketetapan Allah, maka itulah ketetapanNya.
— Fadzrul Hisyam (@fadzrulhisyam) August 9, 2014
Aku berminat untuk mencari jalan untuk mendapatkan saham akhirat. Aku juga harap dapat mengajak si dia menyertai aku beramal bersama.
— Fadzrul Hisyam (@fadzrulhisyam) August 9, 2014
*****
Nota kaki:
1. Sekadar pendapat. Jangan marah naa....
0 Comments
P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.
Emoji