Kebelakangan ini, beberapa post berkaitan dengan membeli minyak secara isipadu liter lebih menguntungkan pengguna berbanding membeli dengan nilai Ringgit sudah menjadi viral. Banyak orang yang percaya dan yakin dengan cara ini dapat menyelamatkan poket mereka daripada kehilangan lebih banyak wang.
Untuk itu, aku tertarik untuk membuat kajian dan membuktikan kesahihan cara ini dengan cara analisis pengiraan tenaga. Apakah cara ini amat menguntungkan?
Berikut adalah maklumat standard yang digunakan dalam analisis ini.
- Ketumpatan tenaga petrol = 32400 kJ/L
- Kuasa kuda kepada Joule: 1 hp = 746 J/s
- Kecekapan tenaga enjin pembakaran dalaman = 25-30%
Secara ringkasnya; tanpa perlu menunjukkan satu per satu pengiraan yang pasti tidak banyak yang faham cara pengiraannya, berikut adalah hasil analisis berdasarkan maklumat di atas.
Isipadu 'tambahan' yang diperoleh dari membeli petrol secara isipadu liter: 0.0006 L - 0.0014 L.
Jika 'untung' yang diperoleh adalah 0.001 L, maka tenaga yang diperoleh dari 0.001 L petrol adalah sebanyak 32.4 kJ.
Kecekapan tenaga sebuah enjin pembakaran dalaman adalah 25-30%. Maka jumlah tenaga yang benar-benar digunakan enjin hanyalah sebanyak 8.1 kJ.
Bagi Perodua Axia dengan enjin 1.0 L, jumlah tenaga maksimum pada 6600 rpm adalah 66 hp. Maka tenaga yang diperlukan adalah sebanyak kira-kira 50 kJ/s. Pada keadaan lengai, enjin Perodua Axia menggunakan 8.8 kJ/s tenaga untuk terus hidup.
Jadi, apakah keuntungan yang diperoleh daripada 8.1 kJ tenaga tersebut? Bagi aku, tiada keuntungan yang diperoleh kerana penggunaan tenaga lengai enjin Perodua Axia 1.0 L lebih tinggi daripada perolehan.
Jadi, berapa banyakkah isipadu yang boleh dikatakan berguna kepada pengguna? Pada enjin berkerja pada penggunaan sederhana di 3000 rpm, isipadu minimum yang memberikan keuntungan kecil adalah sekurang-kurangnya 0.003 L. Namun nilai ini masih boleh diabaikan kerana tenaga yang digunakan terus habis dalam sesaat.
0 Comments
P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.
Emoji