Hari ini merupakan hari terakhir bagi dekad 2010-2019. Sepanjang 10 tahun, pasti banyak yang sudah berlaku di dalam hidup kita; pastinya ada yang manis, ada yang pahit.
Dalam menuju pengakhiran dekad ini, apakah semua azam dan cita-cita kita telah tercapai? Pastilah ada yang sudah tercapai, ada juga yang terkubur di pertengahan jalan. Namun, apa yang lebih baik, pastikan dekad yang mendatang ini memberikan perjalanan hidup yang lebih baik kepada kita, keluarga dan orang sekeliling.
Anggaplah pengalaman di dalam dekad ini menjadi pengajaran yang terbaik kepada diri kita untuk menjadikan kita manusia yang lebih baik untuk masa hadapan.
Apa pun, selamat tinggal 2019, selamat datang 2020.
Cabaran baharu, menambah pengalaman, mematangkan kita.
0 Comments
P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.
Emoji