Hampir setiap masa, kita perlu membuat keputusan untuk memilih lebih dari satu pilihan berdasarkan keperluan, keinginan mahupun keterpaksaan. Contoh paling mudah adalah membuat keputusan untuk makan di mana, makan apa, makan di kedai atau bungkus tapau bawa balik dan sebagainya.
Selain dari keputusan-keputusan yang kecil, kita juga perlu membuat keputusan besar dalam hidup. Contohnya seorang bujang bernama Roslan bin Rosli cuba membuat keputusan untuk menikahi Neelofa ataupun Fazura. Namun dalam kes ini, keputusan mudah dilakukan kerana Fazura sudah jadi isteri orang manakala Neelofa masih bujang. Maka Neelofalah yang menjadi pilihan Roslan untuk dinikahi.
Dalam kes-kes lain, terdapat pilihan-pilihan yang memiliki kriteria yang hampir sama dan memerlukan analisis yang lebih terperinci mengikut keperluan dan limit yang kita ada. Setelah analisis dilakukan, dapatan analisis itu boleh membantu kita untuk membuat keputusan yang lebih tepat.
Contohnya, Sulaiman Akhlaken mahu membeli sebuah komputer riba untuk membuat kerja-kerja kejuruteraan yang memerlukan dia menggunakan perisian-perisian yang 'berat' seperti CATIA, Autocad, Solidworks, Ansys dan sebagainya di samping kemudahan mobiliti untuk membuat kerja di mana-mana. Maka, dia memerlukan sebuah komputer riba yang mampu memenuhi keperluannya untuk menjalankan tugas-tugasnya dengan limitasi tertentu seperti;
- Bajet maksima RM3500;
- Lokasi kedai tidak lebih 20km dari tempat tinggal (Contoh Puchong);
- Mempunyai spesifikasi yang mampu memenuhi keperluan sistem untuk memasang perisian CATIA V5 seperti:
- Microsoft Windows 7 atau Windows 10 (64-bit)
- Multi-teras, pemproses 64-bit (spt. Intel i5, i7, Xeon atau setaraf)
- Kad grafik khas disyorkan (dedicated) - (bukan bersepadu pada papan induk seperti Intel Integrated Graphics)
- 4GB RAM - 8GB atau lebih sangat disyorkan
- 10GB ruangan cakera keras
- Microsoft Office 2013 atau terkini untuk penghasilan laporan
Untuk membuat keputusan, Sulaiman Akhlaken membuat perbandingan antara komputer riba yang dia kenal pasti untuk dipilih. Hasil dari analisis keputusan yang dibuat, barulah Sulaiman boleh membuat keputusan untuk membeli komputer riba yang lebih menepati kriteria-kriteria yang dia tetapkan.
TRIVIA: Jika anda adalah Sulaiman Akhlaken, komputer riba manakah yang menjadi pilihan anda?
NOTA: Nak beli kereta pun boleh buat analisis keputusan juga.
0 Comments
P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.
Emoji